KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN HARIAN

 Terdapat banyak takrifan untuk mentakrifkan perkataan teknologi.Antara takrifan untuk perkataan teknologi yang diketahui oleh umum ialah,teknologi merupakan satu pembangunan dan penggunaan alatan,proses,mesin dan bahan yang membantu manusia untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah manusia itu sendiri.Istilah teknologi ini boleh digunakan secara umum atau dalam sesuatu bidang yang tertentu.Antara contoh teknologi adalah seperti teknologi perubatan,teknologi maklumat,teknologi pembinaan,teknologi pengangkutan dan banyak lagi teknologi yang sering kita guna untuk memudahkan urusan harian kita yang kita sedar mahupun tidak sedar.



Kepentingan-kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia


Teknologi pada masa kini jelas memberi banyak manfaat dan kepentingan kepada manusia dalam membantu manusia memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia dalam urusan seharian.Seperti teknologi pengangkutan,ianya jelas menunjukkan kepentingannya kepada manusia.Antara teknologi pengangkutan yang awal diciptakan ialah tayar.Teknologi ini jelas telah membawa kepada teknologi yang lebih maju iaitu penciptaan kereta yang jelas membantu manusia untuk memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat lain yang jauh.Bayangkan jika tiadanya teknologi yang membantu kite untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain jauh,pastinya ia menyusahkan kita.Contohnya,pada zaman dahulu pengangkutan manusia ketika itu menggunakan haiwan seperti unta yang mengambil masa yang lama untuk sampai ke satu destinasi tersebut.Jadi jelas teknologi sangat penting dalam kehidupan manusia ini.Selain itu teknologi pengangkutan seperti kapal laut yang menggunakan enjin sangat membantu manusia dalam pengangkutan atas laut yang lebih cepat dan selamat.Manusia zaman dahulu menggunakan sampan yang terpaksa menggunakan tenaga untuk menggerakkannya dan mengambil masa yang lama.Jadi hal ini jelas menunjukkan kepentingan teknologi kepada manusia.




Media sosial merupakan salah satu contoh yang sangat berguna pada masa kini.Medi sosial merupakan teknologi yang wujud pada masa kini yang memberikan banyak manfaat dan kepentingan kepada manusia.Antara kepentingannya ialah untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang terkini dan penting kepada semua orang.Tidak seperti zaman dahulu yang menggunakan surat atau surat khabar untuk menyebarkan sesuatu maklumat yang penting kepada semua orang.Cara ini jelas melambatkan penyampaian berita dan maklumat kepada semua orang.Jadi dengan adanya media sosial ini,berita dan maklumat yang penting dapat disampaikan kepada semua orang dalam masa yang singkat dan cepat.Kepentingan media sosial ini juga dapat mengembangkan perniagaan.Contohnya kita boleh mempromosikan barangan kita kepada semua orang melalui media sosial ini.Hal ini jelas membantu manusia untuk mengembangkan perniagaan mereka secara dalam atas talian.Antara contoh media sosial yang mempunyai ramai pengguna pada masa kini ialah Instagram,Facebook dan Twitter.



Antara banyak teknologi pada masa kini,teknologi dalam perubatan juga telah memberi kesan baik dan manfaat yang banyak kepada manusia.Contohnya,teknologi-teknologi ini telah banyak membantu manusia dalam perubatan seperti dalam pembedahan.Teknologi perubatan yang maju telah membantu proses pembedahan berlaku dengan lebih mudah dan efisien.Selain itu,teknologi dalam perubatan telah membantu dalam mengenalpasti masalah kesihatan yang mana pada zaman dahulu tiada teknologi tersebut dan sukar untuk mengenalpasti masalah penyakit seseorang itu.Antara contoh teknologi yang membantu memudahkan manusia dalam bidang perubatan ialah steteskop yang digunakan untuk mendengar degupan jantung pesakit dengan lebih jelas dan x-ray untuk melihat dalaman tubuh badan badan seseorang untuk mengenalpasti pasti masalah penyakit seseorang.




Kesimpulannya,teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh manusia yang bijak pandai ini jelas telah memberi banyak manfaat dan kebaikan kepada semua manusia dalam memudahkan dan menyelesaikan masalah manusia dalam urusan kehidupan harian.Secara rumusannya,teknologi-teknologi ini sangat penting kepada seluruh manusia di muka bumi ini dalam hidup mereka untuk kebaikan mereka sendiri.





















Comments