Posts

KEPENTINGAN TEKNOLOGI DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Image
 Terdapat banyak takrifan untuk mentakrifkan perkataan teknologi.Antara takrifan untuk perkataan teknologi yang diketahui oleh umum ialah,teknologi merupakan satu pembangunan dan penggunaan alatan,proses,mesin dan bahan yang membantu manusia untuk memudahkan dan menyelesaikan masalah manusia itu sendiri.Istilah teknologi ini boleh digunakan secara umum atau dalam sesuatu bidang yang tertentu.Antara contoh teknologi adalah seperti teknologi perubatan,teknologi maklumat,teknologi pembinaan,teknologi pengangkutan dan banyak lagi teknologi yang sering kita guna untuk memudahkan urusan harian kita yang kita sedar mahupun tidak sedar. Kepentingan-kepentingan teknologi dalam kehidupan manusia Teknologi pada masa kini jelas memberi banyak manfaat dan kepentingan kepada manusia dalam membantu manusia memudahkan atau menyelesaikan masalah manusia dalam urusan seharian.Seperti teknologi pengangkutan,ianya jelas menunjukkan kepentingannya kepada manusia.Antara teknologi pengangkutan yang awal ...